Berita UtamaUtama

Foto tular MT UMNO bersama Tun M tulen

Jumpa PM, keluar masuk parti perkara biasa, kata Kadir Jasin

BANGI, 5 Rabiulakhir 1440H, Khamis – Gambar yang tersebar di media sosial memaparkan beberapa pimpinan tertinggi UMNO bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tulen, kata Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin.

Menerusi kenyataan di Facebook hari ini, tokoh wartawan negara berkenaan berkata, gambar itu diambil pada 22 Oktober lalu.

Foto tersebar itu menunjukkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan; Tan Sri Noh Omar; Datuk Seri Shahidan Kassim; Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Difahamkan, gambar itu telah dirakam sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson dan ia adalah jemputan makan malam daripada Dr Mahathir sendiri ke rumahnya.

“Ceritanya begini. Ia berlaku pada 22 Oktober atas pemintaan watak-watak dalam gambar ini. Perdana Menteri yang dulu mereka maki dan caci jamu mereka makan malam.

“Kalau zaman raja-raja dulu kala boleh jadi dah mati kena racun. Mesti ada di kalangan mereka yang berharap pertemuan dengan Tun Dr Mahathir itu boleh memberikan mereka talian hayat,” kata Kadir Jasin.

Bagaimanapun Kadir Jasin berkata, tanggapan itu silap apabila Adnan Mansor yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan dituduh di mahkamah kerana rasuah pada 15 November lalu.

“Jumpa PM perkara biasa. Keluar masuk parti pun perkara biasa juga. Tetapi, jenayah tetap jenayah,” katanya.

Foto yang tular itu mendakwa ahli Majlis Tertinggi UMNO menemui Dr Mahathir untuk menarik ahli-ahli Parlimen UMNO keluar parti.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close