Berita UtamaPendapat

Dinasti DAP: Bolehkah bertahan lama?

Nasib dan masa depan hanya boleh berubah sekiranya umat dan bangsa menyerahkan diri sepenuhnya untuk diasuh dan dididik kembali dengan mekanisme perubahan yang dibawa oleh agama Islam.

BERLATARBELAKANGKAN pertelingkahan, perbalahan dan perpecahan politik umat Islam dan bangsa Melayu yang memakan masa puluhan tahun, khilaf fiqhiyah dan mazhabiyah berpanjangan dalam perkara remeh-temeh, ketiadaan agenda pembinaan umat, kehancuran identiti dan jatidiri Muslim/Melayu, kekeliruan dan kecelaruan kefahaman Islam yang murni dan asli, ketiadaan tokoh-tokoh pimpinan berwibawa untuk umat dan bangsa, ketundukan dan taksub membuta tuli kepada fahaman-fahaman dan ideologi-ideologi kuffaar, sesat dan pemecahbelah …

Di saat semua di atas bermaharajalela, umat dan bangsa dilalaikan daripada perjuangan untuk kembali memartabatkan bangsa dan mendaulatkan ketuanan Syara’.

Musuh tersenyum dengan kejayaan demi kejayaan yang digenggam hasil dari perpecahan umat dan bangsa. Mereka meraikan hasil yang tidak pernah terbayang untuk dinikmati sekiranya umat dan bangsa melupakan persengketaan buat selama-lamanya dan mengambil langkah-langkah berkesan untuk bersepakat dan merapatkan saf yang telah bercepera dan tunggang langgang sejak sekian lama.

Persaudaraan, kesepakatan, kerjasama, kesatuan, kepaduan, kekuatan dan keberanian umat dan bangsa sangat ditakuti oleh pihak musuh.

Untuk mencapai kegemilangan, keberanian dan kekuatan, umat dan bangsa perlu berkorban, membuang segala hasad dengki, ego, irihati, kesombongan dan kebongkakan.

Nasib dan masa depan hanya boleh berubah sekiranya umat dan bangsa menyerahkan diri sepenuhnya untuk diasuh dan dididik kembali dengan mekanisme perubahan yang dibawa oleh agama Islam.

Dengan mengubah dan mentransformasikan apa yang ada di dalam hati, jiwa, minda dan perasaan terlebih dahulu sebelum mengislah masyarakat, kaum, bangsa dan umat.

Dinasti dan peradaban yang kelihatan gagah dan hebat sekalipun boleh dikalahkan dan runtuh apabila tiba masanya, mengikut hukum alam, sebab akibat dan ketentuan Allah.

Dinasti dan peradaban yang berasaskan hawa nafsu dan kekufuran tidak akan bertahan lama.

Penafian: Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net. Artikel ini dimuat naik dalam FB penulis.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close