Berita Utama

Kekecohan di lobi Parlimen: Kumpulan mahasiswa bantah AUKU

Dewan Rakyat semalam memutuskan bersetuju meminda AUKU 1971

KUALA LUMPUR, 3 Rabiulakhir 1440H, Selasa – Kekecohan berlaku di lobi Parlimen hari ini, apabila sekumpulan mahasiswa yang ingin membuat bantahan berhubung Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dihalang oleh pegawai keselamatan.

Kumpulan mahasiswa itu, yang mewakili Gabungan Pembebasan Akademik (GPA) cuba mengadakan sidang media di lobi, bagaimanapun dihalang pegawai keselamatan yang meminta mereka bersurai.

Media melaporkan, kumpulan berkenaan enggan berbuat demikian, sekali gus mengakibatkan ketegangan sebelum seorang mahasiswa dipercayai jurucakap kumpulan itu diiring keluar oleh pegawai keselamatan.

Dalam insiden itu, beberapa Ahli Parlimen kemudian mengambil langkah bertemu kumpulan itu, termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah; Ahli Parlimen Tangga Batu, Rusnah Aluai dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim.

Wakil mahasiswa Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Sharan Raj berkata, mereka menuntut supaya Seksyen 15 dan 16 yang membenarkan naib canselor membubarkan persatuan pelajar serta menghukum pelajar dimansuhkan.

“Kami sudah berjuang memenangkan parti kerajaan tetapi kami dilayan seperti ini,” katanya.

Semalam, Dewan Rakyat memutuskan bersetuju meminda AUKU 1971 yang membenarkan mahasiswa berpolitik.

Pindaan itu membabitkan pemansuhan Seksyen 15(2)(c) AUKU yang menghalang mahasiswa terbabit dalam kegiatan politik di kampus, sekali gus mengehadkan penyertaan mahasiswa dalam politik.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close