Berita Utama

ICERD laungan mitos

Himpunan 812 satu amaran kepada kerajaan PH: GPMS

KUALA LUMPUR, 1 Rabiulakhir 1440H, Ahad – Himpunan 812 membabitkan ratusan ribu umat Islam di sini, semalam adalah amaran kepada kerajaan yang banyak membuat pusingan U, kata Presiden Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenajung (GPMS), Zamri Mohd Isa.

Beliau berkata, perhimpunan itu diadakan bukan untuk menggugat keamanan negara, sebaliknya untuk memberi mesej dan isyarat kepada kerajaan bahawa orang Melayu dan Bumiputera menolak sebarang pelaksanaan ratifikasi ICERD.

“Kita datang berkumpul, berpanas pada hari ini kerana kerajaan Pakatan Harapan paling banyak buat U-turn. Kita bukan tolak ICERD kerana emosi, tetapi kita tolak ICERD kerana ia akan menjejaskan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Pada masa sama, Zamri berkata, pihak berhujah bahawa Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) hanyalah melaungkan mitos.

Ini kerana, perlaksanaan konvensyen itu hakikatnya akan menjejaskan banyak perkara dalam Perlembagaan Persekutuan, khususnya yang membabitkan kepentingan bangsa Melayu dan umat Islam tanah air.

“Kalau ada pemimpin atau peguam kata tanda tangan ICERD Perkara 153 tidak terjejas, itu mitos.

“Ini kerana dalam klausa 4 yang menyebut, apa-apa kitan dengan Melayu dan bangsa ada had masa. Jadi, kalau ratifikasi ICERD diterima, maka dalam Perkara 153 perlu diletakkan had masa.

“Katakan habis tempoh masa 50 tahun, maka Perkara 153 perlu dihapuskan. Tiada lagi rizab tanah Melayu, tiada lagi askar Melayu diraja,” ujarnya sambil menjelaskan Perlembagaan Persekutuan yang ditandatangani pada tahun 1957 sudah cukup lengkap untuk Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum.

Dalam ucapan sama, Zamri turut mengecam Majlis Peguam Negara yang langsung tidak turut serta dalam Himpunan 812, sedangkan mereka ini sewaktu Himpunan Bersih dahulu, merupakan pihak yang paling bersemangat mendokong gerakan itu.

“Jika Bersih membuat perhimpunan, cepat sahaja wakil-wakil mereka untuk turut serta. Hari ini, mereka tak datang,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close