Berita UtamaDuniaUtama

9 orang awam maut serangan udara AS di Syria

BEIRUT, 1 Rabiulakhir 1440H, Ahad – Sekurang-kurangnya sembilan orang awam terbunuh, termasuk enam kanak-kanak dalam serangan udara yang dilancarkan Amerika Syarikat (AS) di di Deir Ezzor, wilayah timur Syria.

Pasukan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria melaporkan, serangan udara pada Jumaat, di bandar Hajin, yang terletak di sepanjang Sungai Euphrates, selatan Dayr al-Zawr itu turut menyebabkan dua anggota militan IS terbunuh.

Difahamkan, serangan udara tentera gabungan yang dipimpin AS itu bagi membantu pakatan Kurdish-Arab mengusir militan IS di Syria.

Gabungan itu bagaimanapun tidak memberi komen mengenai kematian berkenaan, tetapi berulang kali menyatakan mereka melakukan yang terbaik bagi mengelak berlakunya korban awam.

“Pasukan Demokrasi Syria telah bergerak maju ke wilayah yang pernah dikuasai IS dan menghalang serangan balas daripada mereka,” kata jurucakap tentera pakatan, Kolonel Sean Ryan.

Pemerhati berkata, dalam petempuran selama tiga bulan itu, lebih 300 orang awam terbunuh.

Konflik tujuh tahun di Syria menyebabkan lebih 360,000 maut manakala dan berjuta-juta penduduk menjadi pelarian. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close