Pendapat

Kesatuan kukuh umat Islam menggerunkan musuh

Tentera Rom yang memiliki kekuatan luar biasa lari bertempiaran

1. Dalam al-Quran, Perang Tabuk dinamakan sebagai “saat kesusahan” kerana kesukaran yang dilalui oleh perajurit muslim ketika itu. Saidina Uthman memanggil tentera yang terlibat dalam peperangan ini sebagai “Jaysh al-Usrah” iaitu tentera yang mengharungi kesukaran.

2. Tentera muslim ketika itu terpaksa berjalan sejauh 800 kilometer, dalam cuaca yang sangat panas untuk berhadapan dengan tentera Rom berjumlah 40 ribu orang. Bayangkan mampukah kita berjalan kaki sejauh 800km, dalam cuaca yang membahang untuk berhadapan dengan tentera Rom yng lengkap bersenjata?

3. Kepatuhan mereka kepada Allah dan Rasul, serta pengorbanan mereka buat Islam menjadikan musuh gentar. Allah mencampakkan rasa takut dalam hati musuh apabila muslim bersatu. Benarlah firman Allah dalam 8:12 (surah al-Anfal):
سَأُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُوا الرُّعْبَ

Dan aku akan mencampakkan ke dalam hati-hati orang kafir rasa takut”.

4. Kesatuan dan keikhlasan muslim dalam mempertahankan Islam memberikan kesan terhadap hati musuh. Allah mencampakkan rasa gerun buat mereka. Perkara ini disebutkan oleh Rasulullah berlaku kepada tentera Abu Sufyan. Malah, tentera Rom yang memiliki kekuatan yang luar biasa juga lari bertemperian apabila melihat kedatangan muslim.

5. Semoga Allah memberikan kita kesatuan dan kesungguhan yang ikhlas dalam mempertahankan Islam.

Dr Ahmad Sanusi Azmi

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close