Berita UtamaPalestinUtama

Zionis pengganas sebenar, bukan pejuang Palestin

Hamas gembira PBB tolak resolusi dikemuka Amerika Syarikat

GAZA, 29 Rabiulawal 1440H, Jumaat – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) berterima kasih dan menghargai negara yang menolak deraf dikemukakan Amerika Syarikat (AS) di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), semalam.

Deraf untuk PBB mengutuk Hamas kerana melancarkan roket ke arah Israel dan mengalakkan keganasan, ditolak oleh 87 negara anggota, 57 menyokong dan 33 lagi berkecuali.

“Hamas berterima kasih dan menyatakan penghargaan kepada negara anggota PBB yang menolak deraf resolusi dicadangkan AS, dan berdiri bersama rakyat Palestin dalam menentang kependudukan rejim Israel.

“Hamas juga menggesa semua negara yang menyokong kependudukan Israel dan pentadbiran Donald Trump untuk menimbang semula pendirian mereka dan memperbetulkan tanggapan terhadap Palestin.

“Kami berpendapat kegagalan meluluskan resolusi mengutuk Hamas adalah kemenangan buat rakyat Palestin, negara Arab dan umat Islam,” kata pergerakan itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Hamas berkata, usaha dilakukan pentadbiran AS, termasuk mengugut anggota PBB, adalah langkah terdesak untuk memanipulasi kebenaran, menjadikan mangsa sebagai penjahat, dan memperkenalkan hak baharu berdasarkan undang-undang rimba, pengaruh dan huru-hara.

“Hamas menekankan bahawa menentang kependudukan rejim Israel dalam apa sahaja tindakan adalah hak sah rakyat Palestin, yang dijamin undang-undang antarabangsa.

“Usaha AS itu tidak akan mematahkan semangat rakyat Palestin untuk mempertahankan hak mereka, melebihi daripada hak rejim Israel,” kata Hamas.

Hamas berkata, pengganas sebenar yang sepatutnya dikecam oleh semua negara adalah Zionis.

“Zionis yang menghalau rakyat Palestin, melakukan kekejaman terhadap mereka, mencuri harta mereka, menjadikan Baitulmaqdis sebagai tempat Yahudi, memperkenal undang-undang baharu dan menghalang pelarian daripada hak untuk kembali ke tanah mereka,” katanya. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close