Berita UtamaUtama

Sultan Selangor kesal dikaitkan dengan Himpunan ICERD

Rakyat diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan berita palsu

BANGI, 29 Rabiulawal 1440H, Jumaat – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kesal dan dukacita dengan kenyataan yang tersebar di media sosial mengatakan baginda akan turun menyertai himpunan anti Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), esok.

Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, kenyataan seumpama itu boleh mengelirukan masyarakat.

Beliau berkata, Sultan Sharafuddin sebagai sultan yang memerintah negeri Selangor tidak seharusnya dikaitkan dengan sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak.

“D.Y.M.M Sultan Selangor menitahkan supaya mana-mana pihak tidak melibatkan nama baginda di mana-mana perhimpunan yang dianjurkan oleh parti politik atau NGO.

“Justeru itu, D.Y.M.M Sultan Selangor mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan berita-berita palsu seumpama ini,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp yang memaklumkan Sultan Johor, pemangku Sultan Pahang dan Sultan Selangor akan turun pada himpunan ICERD bersama anak Melayu Bumiputera.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close