Berita UtamaUtama

Skim PGB PTPTN ditangguh

Mekanisme pembayaran berjadual digantung sementara sehingga pandangan, respon semua pemegang taruh dikumpul: Maszlee Malik

BANGI, 29 Rabiulawal 1440H, Jumaat – Kerajaan hari ini mengumumkan penangguhan pelaksanaan skim potongan gaji berjadual (PGB) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menerusi satu kenyataan ringkas di Twitter beliau, hari ini.

Maszlee berkata, pelaksanaan skim baharu itu digantung buat sementara waktu sehingga pihaknya mengumpul pandangan dan maklum balas daripada semua pemegang taruh.

Rabu lalu, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan mengumumkan skim potongan gaji berjadual bagi peminjam berpendapatan RM2,000 ke atas dengan kadar minimum RM40 sebulan, berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.

Potongan itu membabitkan antara dua peratus hingga 15 peratus daripada gaji peminjam.

Peminjam yang berpendapatan RM8,000 sebulan harus membayar sekurang-kurangnya RM1,200 sebulan atau bersamaan 15 peratus daripada pendapatan.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close