Berita UtamaUtama

Ringgit ditutup rendah

Mata wang tempatan diniaga 4.1640/1680 berbanding dolar

KUALA LUMPUR, 29 Rabiulawal 1440H, Jumaat – Ringgit mengakhiri hari dagangannya minggu ini dengan ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS apabila kebimbangan dalam kalangan pelabur akan pertumbuhan perlahan ekonomi global telah meningkatkan permintaan terhadap dolar AS, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, unit tempatan diniagakan pada 4.1640/1680 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1620/1670 pada Khamis.

Seorang peniaga berkata, dengan kesan positif daripada mesyuarat Kumpulan 20 (G20) semakin mereda, prospek jangka terdekat menyebelahi dolar AS, kerana ia merupakan antara aset selamat yang popular.

“Ringgit juga menerima kesan daripada penurunan harga minyak,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, ia susulan keputusan daripada mesyuarat ke-175 Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang berakhir pada Khamis di Vienna tidak mencapai sebarang resolusi pengurangan pengeluaran dalam kalangan negara anggota.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain kecuali yen Jepun.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0385/0434 daripada 3.0362/0409 pada Khamis, susut berbanding euro kepada 4.7320/7373 daripada 4.7197/7262 dan berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.3116/3184 daripada 5.3016/3096.

Bagaimanapun, berbanding yen, ringgit meningkat kepada 3.6899/6937 daripada 3.6953/6007.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close