Berita Utama

Kadir Jasin syor potong wang bantuan kepada Kelantan sehari

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu soal MB Johor mengenai 'tanah raja'

BANGI, 29 Rabiulawal 1440H, Jumaat – Kerajaan Pusat diminta memotong bantuan kewangan kepada Kelantan untuk tempoh satu hari, kerana memberi cuti umum Ahad ini, supaya rakyat negeri itu boleh mengambil bahagian dalam himpunan esok (Himpunan 812 di Kuala Lumpur.

Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin berkata, pembayar cukai tidak boleh membazirkan wang kepada kerajaan Kelantan, kerana wang itu digunakan oleh kerajaan negeri untuk membayar penjawat awam supaya menyertai demonstrasi.

“Saya telah menyatakan di Facebook saya bahawa Kerajaan Persekutuan harus memotong bantuan kewangan kepada kerajaan dalam satu hari.

“Hujung minggu di Kelantan adalah hari Jumaat dan Sabtu. Tindakan oleh kerajaan PAS adalah membayar kepada penjawat awam untuk menyertai demonstrasi.

“Kerajaan Persekutuan tidak boleh menjadi sebahagian daripadanya. Pembayar cukai tidak boleh membazirkan wang kepada penjawat awam Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di laman blog beliau.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Islam menggalakkan umatnya bekerja keras dan tiada perkara seperti percutian mingguan atau hari keraian seperti dalam agama lain.

Sementara itu, Penasihat Media dan Komunikasi di Pejabat Perdana Menteri itu mempersoalkan sama ada Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian bercakap benar atau tidak pihak istana tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri itu.

“Adakah beliau (Osman) memberitahu kebenaran kepada saya sebelum mesyuarat majlis tertinggi PPBM pada 28 November lalu bahawa istana tidak mencampuri pentadbiran kerajaan negeri.

“Saya bertanya kepadanya mengenai khabar angin bahawa istana mengambil tanah negeri – walaupun ukurannya sekecil setengah ekar.

“Beliau (Osman) berkata tidak. Tetapi beliau tidak pasti pada zaman kerajaan Barisan Nasonal sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun, Kadir berkata, beliau terkejut membaca laporan media yang memetik Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sebagai berkata bahawa Pulau Kukup telah diambil dan sekarang menjadi tanah raja.

“Jika kerajaan PH di bawah Osman meluluskan perjanjian ini, ianya tidak lebih baik daripada kerajaan BN. Jika Osman tidak dapat menjelaskannya kepada orang ramai yang mengundinya, maka beliau perlu meletak jawatan,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close