Berita UtamaUtama

Himpunan ICERD: Sultan Johor kesal pihak sebar berita palsu

Sultan Ibrahim ingatkan orang ramai semak dahulu fakta

BANGI, 29 Rabiulawal 1440H, Jumaat – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai berita palsu.

Sultan Ibrahim yang kini berada di Jepun atas lawatan peribadi, meluahkan rasa kesal dengan berita palsu yang mengaitkan baginda himpunan anti Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), esok.

“Suka saya ingatkan kepada semua, pada masa sekarang terdapat banyak berita palsu tersebar di laman media sosial.

“Jangan mudah mempercayainya atau terpengaruh dengan apa saja berita palsu yang anda baca, sebaliknya sentiasa menyemak terlebih dahulu faktanya,” titah baginda kepada Royal Press Office hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp yang memaklumkan Sultan Johor, pemangku Sultan Pahang dan Sultan Selangor akan turun pada himpunan ICERD bersama anak Melayu Bumiputera.

Berita berkenaan turut dinafikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi satu kenyataan akhbar Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close