Berita UtamaUtama

4 individu direman bantu kes Muhammad Adib

Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan

PETALING JAYA, 29 Rabiulawal 1440H, Jumaat – Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari terhadap empat individu bagi membantu siasatan berhubung kes anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang diserang pada awal pagi Selasa minggu lalu di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, di sini.

Perintah tahanan reman kesemua suspek itu dikeluarkan Majistret Mohd Nor Hafidzuddin Yusoff sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian awal pagi Selasa minggu lalu, Muhammad Adib dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil itu.

Beliau kini dilaporkan menunjukkan perkembangan positif dan berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil selain tidak lagi bergantung kepada mesin sokongan jantung.

Pada 29 November lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Muhammad Fuzi Harun menangkis dakwaan bahawa anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dilanggar jentera bomba dan bukannya dipukul dalam insiden kekecohan itu adalah tidak benar.- Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close