Berita UtamaDuniaUtama

Zionis roboh sekolah Palestin

Sekolah al-Tahaddi 13 sepatutnya mula beroperasi esok

HEBRON, 28 Rabiulawal 1440H, Khamis – Bukan hanya menyasarkan rumah dan bangunan, malah rejim pengganas Israel turut mencabul hak pendidikan Palestin dengan merobohkan sebuah sekolah di perkampungan al-Simiya, daerah Tebing Barat, semalam.

Agensi berita Ma’an memetik sumber sebagai berkata, rejim berkenaan turut merampas harta sekolah, termasuk tangki simpanan air.

Sekolah al-Tahaddi 13, diwujudkan di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Palestin yang mempunyai tujuh kelas, dan dijadualkan dibuka esok.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan Palestin menyifatkan perobohan sekolah itu sebagai keganasan sebenar yang dirancang rejim Israel bagi menentang institusi pendidikan.

Sehubungan itu, kementerian menyeru hak asasi manusia antarabangsa dan institusi media untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap pelanggaran hak pendidikan yang dilakukan rejim berkenaan.

Terdahulu, rejim pengganas Israel merobohkan 45 premis, termasuk lima bangunan komersial milik Palestin di perkampungan Haris, daerah Tebing Barat.

Israel dilaporkan mendakwa, tindakan perobohan itu dibuat atas alasan struktur terbabit dibina di ‘kawasan C’, yang tidak mempunyai permit daripada pihak berkuasa rejim.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close