Berita UtamaUtama

VIDEO | Himpunan 812 beri mesej jelas kepada kerajaan

Tiada jaminan hak orang Melayu, Bumiputera tidak diganggu-gugat

BANGI, 28 Rabiulawal 1440H, Khamis – Walaupun kerajaan memutuskan untuk tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), usaha ke arah mengganggu-gugat hak bangsa Melayu dan Bumiputera akan berterusan.

Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, sehingga kini, tiada sebarang jaminan diberikan kerajaan untuk tidak menyentuh kepentingan orang Melayu dan Bumiputera seperti terkandung dalam Perlembagaan.

“Kita bimbang, walaupun kerajaan tak akan meratifikasi ICERD, tetapi usaha ini akan diteruskan juga.

“Hak-hak orang Melayu, umat Islam dan Bumiputera terus akan diganggu-gugat dan dicabuli,” katanya menerusi satu video berdurasi lebih tiga minit bagi mengajak rakyat menyertai Himpunan 812, pada Sabtu ini.

Ayuh Turun Himpunan Ummah 8 Dis ini!

[VIDEO] Seruan Al-Fadhil Ustaz Abdullah Zaik, Amir Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) untuk hadir ke Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD pada 8 Disember 2018, SABTU INI, dari jam 2 hingga 6 petang di Dataran Merdeka.#Himpunan812#TolakICERD#UMMAH#DAULAT#HarimauMalaya

Posted by Gerakan Pengundi Sedar on Rabu, 5 Disember 2018

 

Beliau menegaskan, himpunan yang akan diadakan di Dataran Merdeka itu bukan hanya meraikan kejayaan penolakan ICERD semata-mata, sebaliknya ada pelbagai isu lain yang menjadi kebimbangan umat Islam kebelakangan ini.

Beliau berkata, sejak memerintah, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memberi mesej yang salah kepada rakyat, khususnya umat Islam, Melayu dan Bumiputera.

“Mesej ini menyebabkan kita berasa tidak aman dan terancam. Apakah jaminan bahawa kalau kerajaan tidak ratifikasi ICERD, mereka tidak akan mencabuli, menganggu dan menghakis hak-hak orang Melayu, Bumiputera dan Islam yang terkandung dalam Perlembagaan.

“Saya berpendapat, bahawa adalah penting bagi umat Islam untuk bangkit, bangun dan menyatakan pendirian, selain mengehadkan tindak-tanduk yang tidak wajar daripada pihak kerajaan,” katanya.

Ustaz Abdullah Zaik berkata, himpunan berkenaan akan memberi mesej jelas bahawa rakyat tidak lagi boleh mengharapkan dan menyerah tanggungjawab menjaga kepentingan mereka kepada kerajaan.

“Jadi rakyat, orang Melayu dan umat Islam perlu bangkit untuk pertahankan sendiri hak mereka, termasuk setiap noktah, koma dan huruf dalam Perlembagaan.

“Oleh itu, menghadiri perhimpunan aman pada Sabtu ini adalah tanggungjawab yang besar dan mesti dipikul semua rakyat Malaysia. Ayuh keluar dan beri mesej tegas kepada kerajaan,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close