Berita UtamaDuniaUtama

Hujan lebat, banjir lumpuhkan bandar Benghazi

Lapangan Terbang Benina ditenggelami air kira-kira 1.5 meter

BENGHAZI, 28 Rabiulawal 1440H, Khamis – Hujan lebat berterusan semalam melumpuhkan Benghazi, bandar kedua terbesar di Libya, dengan kebanyakan jalan utama dan lapangan terbang di wilayah itu ditutup akibat banjir.

Timbalan Pengurus Lapangan Terbang Benina, Usama Ferjani berkata, terminal penumpang dan bahagian letak kereta di lapangan terbang itu ditenggelami air sehingga kira-kira 1.5 meter.

Lapangan terbang berkenaan baru sahaja diubah suai dan dibuka semula pada tahun lalu, setelah ditutup selama tiga tahun akibat perang saudara Libya.

Susulan banjir itu, pihak berkuasa di timur Libya mengumumkan cuti selama dua hari berikutan kebanyakan kakitangan awam tidak dapat melalui jalan utama untuk ke pejabat.

Cuaca buruk itu juga memaksa penutupan semua pelabuhan minyak eksport Libya, sebagai langkah berjaga-jaga.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close