Berita Utama

Akta PTPTN 1997 boleh potong gaji: Wan Saiful

Potongan gaji peminjam tetap dilaksanakan mulai Januari ini

BANGI, 28 Rabiulawal 1440H, Khamis – Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan, kekal mengatakan pihaknya boleh mengarahkan majikan melaksanakan potongan gaji berjadual (PGB) terhadap peminjam tabung itu.

Beliau berkata, Seksyen 29 Akta PTPTN 1997 memperuntukkan kuasa kepada PTPTN untuk berbuat demikian.

“Ada juga yang memberi komen mengenai kuasa majikan untuk membuat potongan gaji. Seksyen 29 Akta PTPTN 1997 telah memperuntukkan kuasa kepada PTPTN untuk mengarahkan majikan melaksanakan potongan gaji ke atas peminjam.

“Maka, peruntukan undang-undang telah ada,” katanya seperti dilapor akhbar Utusan Malaysia, hari ini.

Ini bercanggah dengan kenyataan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran, yang hari ini berkata, tiada undang-undang yang membolehkan majikan memotong gaji pekerja secara terus, tanpa persetujuan pekerja mereka terlebih dahulu.

Semalam, Wan Saiful mengumumkan bayaran balik pinjaman itu akan dibuat menerusi skim PGB – seperti dilakukan skim potongan cukai berjadual (PCB) Lembaga Hasil Dalam Negeri, bermula Januari 2019 serendah RM40 sebulan sehingga mencecah lebih RM1,000 mengikuti paras gaji.

Pengumuman itu mendapat kritikan pelbagai pihak, kerana menyebabkan peminjam terpaksa membayar pada kadar yang lebih tinggi berbanding perjanjian sedia ada.

Wan Saiful bagaimanapun menjelaskan, dalam perjanjian yang telah tandatangani, peminjam sebenarnya telah pun bersetuju untuk membuat bayaran balik mengikut apa-apa skim yang ditetapkan oleh PTPTN, termasuk PGB.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close