Berita UtamaUtama

‘Siapa berkuasa di Perak, MB atau DAP?’

Asyraf Wajdi tempelak tindakan Speaker DAP tolak usul ICERD

BANGI, 28 Rabiulawal 1440H, Khamis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menempelak tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Ngeh Koo Ham kerana menolak usul yang dibawa Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Dalam sidang DUN semalam, Koo Ham yang juga Penasihat DAP Perak menolak usul Ahmad Faizal untuk membahaskan isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Asyraf dalam satu kenyataan, mempersoalkan tindakan itu dan menyifatkan bahawa jarang usul yang dibawa pihak kerajaan di Parlimen dan DUN ditolak oleh Speaker Dewan.

“Saya mempersoalkan jika usul dibawa YAB MB sebagai Ketua Kerajaan Negeri pun ditolak oleh Speaker DAP.

“Siapakah sebenarnya yang berkuasa di negeri Perak? MB atau DAP?,” soal Asyraf Wajdi.

Usul berkenaan dibawa oleh Ahmad Faizal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chenderiang dan Adung Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud.

Koo Ham dilaporkan berkata, penolakan terhadap usul itu dibuat atas dua alasan iaitu berkaitan Perlembagaan Persekutuan dan keputusan yang telah diumumkan kerajaan Pusat, baru-baru ini.

Keputusan itu bagaimanapun dipertikai Ahmad Saidi kerana menganggap ia perlu dibentangkan sebagai sokongan kepada keputusan yang dibuat Kerajaan Persekutuan.

Namun, Koo Ham kekal untuk tidak memasukkan usul tersebut daripada dibincangkan pada sidang DUN kali ini

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close