Berita UtamaDuniaUtama

Palestin gesa UNESCO bertanggungjawab ke atas masjid Ibrahimi

Rejim Israel sasar masjid sebagai tempat upacara ritual Yahudi

RAMALLAH, 27 Rabiulawal 1440H, Rabu – Palestin menggesa Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bertanggungjawab memelihara kesucian Masjid Ibrahimi di bandar Tebing Barat.

Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan semalam berkata, rejim pengganas Israel telah menyasarkan masjid berkenaan sebagai tempat melaksanakan upacara ritual Yahudi.

Sejak Isnin, Israel telah memasang lilin di atas bumbung masjid berkenaan bersempena sambutan cuti Yahudi, Hannukah.

“Peningkatan penempatan sistematik ini tidak menghiraukan keputusan UNESCO, sekali gus menuntut tindakan mencemari tapak arkeologi dan agama di wilayah Palestin itu dihentikan,” kata kenyataan itu.

Kementerian berkenaan turut mendesak masyarakat dan organisasi antarabangsa yang berkaitan supaya bertindak segera bagi melindungi tapak suci itu.

Julai tahun lalu, Jawatankuasa Warisan Dunia bergabung dengan UNESCO mengisytiharkan masjid Ibrahimi sebagai sebuah tapak warisan dunia.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close