Berita UtamaDuniaUtama

Israel roboh 45 premis Palestin

Zionis guna alasan permit untuk benarkan kegiatan perobohan

TEBING BARAT, 27 Rabiulawal 1440H, Rabu – Rejim pengganas Israel merobohkan 45 premis, termasuk lima bangunan komersial milik Palestin di perkampungan Haris, daerah Tebing Barat, semalam.

Penduduk tempatan, Muhammad Suleiman berkata, rejim berkenaan merobohkan lima bangunan komersial termasuk tempat dobi, bengkel besi dan bengkel aluniminium.

Israel dilaporkan mendakwa, tindakan perobohan itu dibuat atas alasan struktur terbabit dibina di ‘kawasan C’, yang tidak mempunyai permit daripada rejim berkenaan.

Sejak beberapa tahun lalu, Israel kerap menggunakan alasan pembinaan tanpa permit untuk melaksanakan kegiatan perobohan rumah dan bangunan milik Palestin.

Hampir semua permohonan warga Palestin untuk mendapat permit di kawasan C ditolak oleh pihak berkuasa Israel.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close