Pendapat

Himpunan 812 petunjuk, solidariti kesatuan ummah

Khasthuri Patto contoh paling ampuh kenapa rakyat perlu hadir

BAGI sesiapa yang belum mengenali ayam sabung DAP ini, saya ingin membawa anda semua kepada peristiwa lebih kurang 2 bulan yang lalu di Dewan Rakyat.

Anak kepada Perumal Patto (bekas Timb Setiausaha DAP dan editor Roketkini) bernama Kasthuriraani ini telah membangkitkan amarah umat Islam di Malaysia apabila dalam ucapannya di dewan rakyat mendesak kerajaan untuk menandatangani sebuah konvensyen antarabangsa mengenai kebebasan agama dan kepercayaan bagi melindungi kepercayaan dan agama pihak minoriti.

Yang mana semua kita tahu, konvensyen ini akhirnya akan menganggugugat kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dimana konvensyen ini akan membawa implikasi kebebasan murtad dalam kalangan umat Islam.

Bermula dari mulut Kasthuri inilah, rakan baiknya dari Hindraf bernama Waythamoorthy yang diangkat sebagai Menteri Perpecahan menyatakan komitmen kerajaan untuk meratifikasi ICERD menjelang suku pertama 2019!

Dua hari yang lepas, anak bekas Timbalan Setiausaha DAP dan pengarang Roketkini ini, sekali lagi membawa perangai mulut lancangnya apabila tidak semena-menang beliau memperlekehkan kerajaan negeri Kelantan yang menjadikan kanak-kanak sebagai hiburan. Biadab!

Sedangkan jika mengikut laras undang-undang negeri Kelantan, had usia kanak-kanak perempuan boleh berkahwin apda usia 16 tahun manakala kanak-kanak lelaki pada usia 18 tahun, jika ada yang hendak berkahwin bawah pada usia itu perlu mendapat kebenaran mahkamah! Begitulah perihal undang-undangnya di Kelantan yang tidak difahami Kasthuri!

Selepas ditekan, seperti biasa, perangai umum DAP adalah ‘play victim’. Berlagak menjadi mangsa! Konon meminta maaf tetapi masih menyalahkan dan memesongkan fakta.

Sama seperti Ganabatirau DAP yang secara sengaja (bukan kesalahan Tatabahasa) menaikkan status bahawa orang Islam yang menyerang kuil dalam insiden kuil di USJ tempohari. Selepas ditekan, akhirnya edit status dan minta maaf dalam nada yang sangat tidak mencerminkan kekesalan.

Sama juga dengan orang besar DAP bernama Lim Kit Siang. Disebalik kenyataan YAB Perdana Menteri yang tidak akan meratifikasi ICERD, beliau masih lagi bersuara lantang menyamakan Malaysia dengan negara Islam lain yang sudah ratifikasi ICERD.

Tunjukkan pada saya dan seluruh anak bangsa Melayu Islam, adakah bapak Lim Guan Eng ini pernah rasa kesal dalam memperjuangkan Deklarasi Setapak 1967 yang gah melaungkan penghapusan label Bumiputra? Tiada!

Sudah menjadi adat DAP, memainkan orang Melayu Islam yang dilihat sentiasa cair bila disorong kata maaf, dipakaikan selendang, disarungkan songkok!

Begitulah resam DAP sejak azali!

Sebab itulah, saya tidak pernah sesekali akan berundur dalam menyatakan bahawa turunya seluruh anak bangsa Melayu Islam dan Bumiputra pada Sabtu ini, adalah sebagai petunjuk dan tanda solidariti kesatuan Ummah pada pemimpin-pemimpin DAP di dalam kerajaan dan juga pemimpin Melayu pengkhianat dalam kerajaan yang menjadi kerbau dicucuk hidung agar tidak sesekali mereka ini mempermainkan dan berwenang-wenang terhadap kedaulatan agama bangsa dan tanahair tercinta ini.

Turunlah tuan-tuan, puan-puan, abang, adik kakak seluruhnya sekalian ke Dataran Merdeka, Pakai seragam UMMAH. Kita putihkan ibu kota raya Kuala Lumpur!

Salam Juang dari anak muda!

Hazwan Mohamad,
Presiden Professional Muslim Community

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close