Berita UtamaDunia

Qatar tegur dasar Taliban larang wanita bekerja di Afghanistan

Gesa keputusan dikaji semula, hormat hak asasi manusia

DOHA, 2 Jamadilakhir 1444H, Isnin – Qatar menyuarakan ‘kebimbangan melampau’ terhadap arahan pemerintah Taliban baru-baru ini, untuk melarang wanita bekerja.

Kementerian Luar dalam kenyataan pada Ahad menggesa pentadbiran Afghanistan mengkaji semula keputusan berkenaan.

“Kementerian menegaskan keperluan menghormati hak wanita untuk bekerja memandangkan kebebasan untuk memilih dan menerima pekerjaan adalah hak asasi manusia”, tegasnya.

Terdahulu, Taliban mengarahkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan asing menggantung perkhidmatan pekerja wanita selepas ‘aduan serius’ mengenai kod pakaian mereka.

Arahan itu mengancam untuk menggantung lesen operasi NGO yang gagal melaksanakan langkah berkenaan.

Tindakan itu mendapat kecaman segera daripada antarabangsa, dengan kerajaan dan pertubuhan memberi amaran mengenai kesan terhadap perkhidmatan kemanusiaan di negara yang jutaan orang bergantung kepada bantuan.

Qatar menjadi tuan rumah pejabat perwakilan untuk Taliban ketika perang pimpinan Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan dan beperanan sebagai tempat rundingan damai sebelum kumpulan itu mengambil alih kuasa pada 2021. – Agensi

Pautan terdahulu;
https://ismaweb.net/2022/12/25/selepas-larang-ke-universiti-taliban-kini-arah-gantung-khidmat-pekerja-wanita/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button