Dr Ahmad Sanusi AzmiPendapatUtama

Memerli Kelantan, memburukkan Islam

1. APABILA Kelantan mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sebarang lesen hiburan dikeluarkan oleh negeri tersebut, YB dari DAP ini memerli seakan hiburan Kelantan adalah melalui perkahwinan kanak-kanak di sana. Kata beliau: “Maka, adakah kanak-kanak menjadi hiburan”?

2. Beberapa jam selepas itu, beliau dengan tegas menyatakan tidak menyesal dengan kenyataan tersebut bahkan berkata: “Pi mampuih la pemangsa kanak-kanak.”

3. Sekalipun YB DAP ini telah memadam status-status tersebut dan memohon maaf, kenyataan beliau memberikan kepada kita gambaran bagaimana persepsi mereka terhadap Muslim dan Islam di Kelantan. Naratif seperti inilah yang selalui dimainkan terhadap negeri ini.

4. Tahukah tuan-puan bahawa 27 negeri di Amerika Syarikat tidak mempunyai had umur perkahwinan? Malah, Perancis pula hanya baru-baru ini meletakkan had usia 15 tahun sebagai usia minimum untuk berkahwin.

5. Menurut kajian yang dijalankan oleh Frontline pula, lebih dari 207,000 remaja Amerika telah berkahwin bawah umur di mana dua pertiga dari mereka berumur 17 tahun, manakala 985 berumur 14 tahun, dan 10 orang berumur 12 tahun.

6. Lihatlah! Bapa segala liberal iaitu Amerika Syarikat sendiri masih memperbahaskan isu had umur perkahwinan ini. Namun di Malaysia, perkara hanya dijadikan sentimen untuk memburukkan perkara ini sekali gus mencacatkan imej Muslim dan Islam itu sendiri.

7. Apa yang lebih menarik lagi, data statistik 2017 perkahwinan bawah umur yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri menunjukkan bahawa non Muslim lebih ramai berkahwin di bawah umur. Tetapi tidak pula YB DAP ini memerli amalan non Muslim yang berkahwin di bawah umur ini.

8. Malah, menurut Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, daripada 5,362 permohonan kebenaran nikah bawah umur kanak-kanak beragama Islam, negeri Sarawak merekodkan permohonan tertinggi. Tetapi yang sering kita dengar seakan Kelantan lah juara dalam isu ini.

9. Tindakan menggunakan isu perkahwinan muda ini seakan menjadi senjata buat DAP membina sentiment buruk terhadap Muslim dan Islam. Jangan sampai perkahwinan Rasulullah pula dimainkan sebagai isu. Apakah lemah benar Muslim ketika itu?

Moga Allah memberikan kesedaran buat Muslim semua.

Dr Ahmad Sanusi Azmi

Sumber:
1. http://apps.frontline.org/child-marriage-by-the-numbers/
2. https://www.economist.com/…/why-america-still-permits-child… 
3. https://www.bbc.com/news/world-europe-43300313 
4. https://says.com/…/non-muslim-lebih-ramai-kahwin-bawah-umur… 
5. https://www.bharian.com.my/…/5362-permohonan-nikah-bawah-umur

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close