Berita UtamaDuniaUtama

Jenayah Israel ke atas Palestin meningkat bulan lalu

24 terbunuh, 232 cedera dan 260 ditangkap rejim Zionis: PLO

RAMALLAH, 26 Rabiulawal 1440H, Selasa – Sekurang-kurangnya 24 rakyat Palestin terbunuh, manakala 232 yang lain cedera dalam serangan rejim pengganas Israel sepanjang bulan lalu.

Menurut laporan Jabatan Perhubungan Antarabangsa Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), 21 rakyat Palestin terbunuh akibat terkena tembakan di wilayah dikepung – Semenanjung Gaza – dan selebihnya di Tebing Barat yang diduduki.

Laporan yang dikeluarkan semalam berkata, rejim Zionis menembak mati tujuh warga Palestin ketika serangan di Khan Younis, selatan Gaza, manakala lapan yang lain terbunuh dalam serangan udara selama tiga hari yang dilancarkan jet pejuang rejim di wilayah miskin itu.

Enam lagi rakyat Palestin dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan serius ketika menyertai demostrasi aman di sepanjang pagar sempadan, di mana sebahagian besarnya disebabkan tembakan peluru hidup atau gas pemedih mata.

“Tiga lagi rakyat Palestin ditembak mati oleh askar Israel ketika dituduh menyerang kereta rejim di Tebing Barat.

“Tentera Israel turut menangkap lebih 260 orang Palestin, kebanyakannya remaja bawah umur, termasuk aktivis Fatah bulan lalu,” kata laporan itu.

Laporan itu mendedahkan, puluhan bangunan, termasuk 16 kedai serta 12 pangsapuri di kem Shufat di Baitulmaqdis musnah angkara rejim Israel.

“Pihak berkuasa Israel juga memusnahkan beberapa bangunan lain dan struktur milik Palestin di kawasan kejiranan Baitulmaqdis dan Kawasan C di Tebing Barat.

“Pendatang Yahuditurut mencabut dan menebang sejumlah pokok di Tebing Barat, terutama pokok zaitun yang menjadi sumber utama kehidupan penduduk Palestin,” katanya.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close