Berita UtamaDuniaUtama

Enam warga Palestin ejen Zionis dihukum mati

Perisik Israel menyamar pekerja sukarela guna kad pengenalan palsu

GAZA, 26 Rabiulawal 1440H, Selasa – Mahkamah tentera di Semenanjung Gaza menjatuhkan hukuman mati ke atas enam warga Palestin kerana didakwa bekerjasama dengan rejim pengganas Israel.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Gaza, Iyad al-Bazm berkata, keseluruhannya 14 individu dihukum kerana bersubahat dengan rejim Zionis di sini.

Empat daripadanya, termasuk seorang wanita dijatuhi hukuman penjara antara enam hingga 10 tahun.

“Mahkamah juga mengenakan hukuman penjara 15 tahun ke atas empat lagi warga Palestin kerana kerjasama dengan pihak musuh.

“Keputusan itu adalah mesej yang jelas kepada ejen rejim Israel,” katanya.

Keputusan itu dibuat selepas tujuh warga Palestin dan seorang pegawai Israel terbunuh apabila sel tentera Israel ditemukan di Gaza menyebabkan insiden berbalas tembakan, tiga minggu lalu.

Bagaimanapun, unit tentera rejim Zionis sempat melarikan diri ketika serangan udara dilakukan di Semenanjung Gaza.

Pada masa sama, Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengingatkan mereka yang menjadi perisik Israel supaya menyerah diri, kerana lambat-laun mereka akan tertangkap juga.

Hamas sebelum ini, menyiarkan gambar lapan individu yang didakwa sebagai ejen Israel, tetapi tidak menyatakan identiti mereka.

Jurucakap Hamas, Hazem Qassem berkata, ejen perisik Israel menyamar sebagai pekerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan menggunakan kad pengenalan Palestin palsu.

“Kad pngenalan palsu itu ditemukan di bawah timbunan kenderaan tentera yang ditinggalkan rejim Israel ketika melarikan diri,” katanya. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close