Dr Ahmad Sanusi AzmiPendapatUtama

Muslim kuat dengan ilmu dan kesatuan

1. SITI Kasim menggambarkan Muslim sebagai satu bangsa yang lemah dan mundur. Corak pemikiran sebegini tidak ubah sama dengan kerangka naratif yang dibawa oleh penjajah dan pemikir barat sejak dahulu lagi. Dr Edward Said di dalam karyanya (Orientalism) menjelaskan bagaimana barat membahagikan dunia kepada beberapa bahagian dan menyifatkan Muslim sebagai mundur dan lemah.

2. Edward Said turut melihat pemikiran sebegini adalah satu kempen untuk melemahkan jiwa Muslim itu sendiri. Sehingga sampai satu tahap Muslim itu sendiri merasa tidak berdaya, malu dengan Islam, bahkan malu untuk mengaku dirinya sebagai Muslim.

3. Menurut Dr Mustafa Siba’ie, kerangka pemikiran sebeginilah yang dibawa oleh pihak imperialis, sebagai senjata baru bagi menghilangkan identiti serta jati diri Muslim itu sendiri.

4. Alangkah jauhnya kita dengan Saidina Umar yang berbangga dengan Islam. Malah beliau menegaskan bahawa kita hanya mulia dengan Islam. Allah akan memuliakan kita dengan kesungguhan kita membawa nilai yang dibawa oleh Islam.

5. Benar, Muslim itu seharusnya memperbaiki diri mereka selari dengan tuntutan Islam. Namun mengambil barat sebagai model pembangunan modal insan adalah satu keputusan yang salah.

6. Lihat betapa ramai Muslim yang turut cemerlang pada hari ini dipelbagai bidang. Tiga saintis Melayu Muslim dari Malaysia pernah disenaraikan sebagai antara 72 saintis Minda Sains Paling Berpengaruh Dunia oleh Agensi Perkhidmatan Penarafan Indeks Saintifik Dunia, Thomson Reuters yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat (AS).

7. Malah Dr. Nurul Adlyka sebelum ini pernah dimasyhurkan antara saintis muda Muslim yang terlibat dalam penemuan bukti kewujudan Supermassive Black Hole. Semua ini menunjukkan Islam dan Muslim boleh untuk menempa kekuatan yang lebih jauh.

8. Bahkan kesatuan Muslim juga akan memberikan kekuatan buat Islam dan Muslim. Tahukan anda, Siti Kasim telah kalah dan tersingkir dalam pemilihan anggota Badan Peguam Malaysia (Bar Council) baru-baru ini. Barisan peguam yang menang adalah mereka yang menolak ratifikasi ICERD. Ini sekaligus menunjukkan, kesatuan Muslim akan memberikan kekuatan buat agenda Islam.

9. Mari Tuan-puan kita sepakat untuk Islam. Leburkan kepentingan dunia dan keegoan kumpulan, mari bersatu demi Islam.

Dr Ahmad Sanusi Azmi

Sumber:
1.https://www.nst.com.my/news/2017/01/202853/malaysian-phd-student-discovers-hidden-supermassive-black-hole
2.http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tiga-saintis-negara-diiktiraf-dunia-1.183969
3.https://www.ismaweb.net/2018/12/02/jawatankuasa-majlis-peguam-dimonopoli-kumpulan-tolak-icerd/

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close