Berita UtamaDuniaUtama

Paris tarik balik gelaran kehormat Suu Kyi

Pemimpin de facto Myanmar gagal tangani isu penindasan Rohingya

PARIS, 23 Rabiulawal 1440H, Sabtu – Paris menarik balik gelaran kehormat berkaitan kebebasan yang diterima pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi ekoran kegagalannya menangani isu etnik minoriti Rohingya di negeri Rakhine.

Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berkata, keputusan itu dibuat kerana siri pelanggaran hak asasi manusia yang direkodkan di Myanmar, selain penganiayaan dan keganasan yang dilakukan tentera negara itu, lapor AFP.

Tindakan menarik balik penghormatan dan seumpamanya telah dilakukan oleh Glasgow, Edinburgh dan Oxford sebelum ini.

“Keputusan itu akan dimuktamadkan oleh Majlis Bandaraya dalam mesyuaratnya pada pertengahan Disember,” kata jurucakap kepada Hidalgo.

Kira-kira 700,000 etnik muslim Rohingya melarikan diri dari kediaman mereka di Rakhine, di barat daya Myanmar, sejak 2016.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini mendakwa pelaku genosid ini – ketua serta lima pemimpin tertinggi rejim Myanmar – dipertimbangkan untuk dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Rejim Myanmar bagaimanapun, menafikan dakwaan itu dengan menyalahkan etnik Rohingya sebagai pengganas. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close