Berita UtamaDuniaUtama

Perancis akan bangkit isu pembunuhan Khashoggi

Macron mahu mesyuarat koordinasi diadakan sebelum pembukaan G20

BUENOS AIRES, 22 Rabiulawal 1440H, Jumaat – Perancis akan membangkitkan isu pembunuhan wartawan terkenal Arab Saudi, Jamal Khashoggi dengan Putera Mahkota, Mohammed bin Salman di luar sidang kemuncak G20, di sini.

“Saya yakin akan dapat bangkitkan isu ini dengan putera mahkota di luar sidang,” kata Presiden Perancis, Emmanuel Macron seperti dilapor Al Jazeera.

Dalam akaun Twitternya, beliau berkata, mereka juga akan membincangkan kesan pembunuhan kolumnis Washington Post itu.

“Saya sentiasa jelas dengan Arab Saudi. Ia akan menjadi salah satu topik yang akan dibincangkan dalam kalangan pemimpin Eropah.

“Saya mahu kita mengadakan mesyuarat koordinasi sebelum pembukaan G20 mengenai perkara itu dan cabarannya di sidang kemuncak berkenaan,” katanya.

Khashoggi, yang melarikan diri ke Amerika Syarikat tahun lalu, dibunuh sepasukan anggota perisikan dari Riyadh. Sebahagian daripada anggota kumpulan itu adalah mereka yang rapat dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Arab Saudi sebelum ini memberi pelbagai versi kenyataan berhubung kehilangan Khashoggi, termasuk mendakwa penulis itu sudah keluar dari pejabat konsulat berkenaan selepas urusannya selesai.

Riyadh kemudian mengesahkan Khashoggi terbunuh dalam pergaduhan dengan individu yang menemuinya di dalam pejabat konsulat itu dan berkata, 18 suspek kes berkenaan ditangkap, manakala seorang pegawai tertinggi perisikan berpangkat jeneral dipecat. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close