Berita Utama

Pengulas politik CNN dipecat kerana kritik Israel

Ucapan Hill sokong kebebasan Palestin dikecam penyokong Zionis

WASHINGTON, 22 Rabiulawal 1440H, Jumaat – Syarikat penyiaran, Cable News Network (CNN) memecat wartawan dan pengulas politik, Marc Lamont Hill semalam, susulan kenyataannya yang mengkritik tindakan rejim pengganas Israel ke atas Palestin.

Memetik Washington Post, ucapan Hill yang juga seorang profesor kajian media di Universiti Temple sewaktu mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengejutkan banyak pihak, apabila menggesa kepada pembebasan Palestin.

Kenyataan itu mengundang kritikan daripada pihak konservatif dan penyokong rejim Israel, yang menyamakan Hill dengan ucapan kumpulan pejuang Palestin, Hamas.

“Marc Lamont Hill tidak lagi berada di bawah kontrak CNN,” kata jurucakap syarikat penyiaran itu, Barbara Levin.

Syarikat berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan lanjut punca pemecatan Hill.

Semalam, Hill mengeluarkan penjelasan mengenai kenyataannya, bahawa dia menyokong kebebasan Palestin dan mengkritik amalan serta dasar Israel.

“Namun, saya tidak menyokong anti-Semitisme, tindakan membunuh orang Yahudi atau perkara-perkara lain yang berkaitan dengan ucapan saya.

“Saya telah menghabiskan hidup saya untuk melawan perkara-perkara ini,” katanya.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close