Berita UtamaDuniaUtama

Yayasan Soros henti operasi di Turki selepas dikecam Erdogan

OSF didakwa menjadi dalang protes besar-besaran anti kerajaan

ISTANBUL, 20 Rabiulawal 1440H, Rabu – Open Society Foundation (OSF), sebuah yayasan milik jutawan George Soros menghentikan operasi di Turki, beberapa hari selepas Presiden, Recep Tayyip Erdogan mengeluarkan kenyataan organisasi itu cuba memecah-belahkan negara.

Erdogan juga mendakwa, Soros menyokong ahli kewangan dan penjenayah Turki yang dipenjarakan, Osman Kavala, yang cuba mencetuskan semula protes Gezi.

“Kavala yang membiayai pengganas ketika insiden Gezi sudah dipenjara. Dan siapa yang berada di belakangnya? Soros, Yahudi Hungary yang terkenal.

“Dialah yang mengarahkan orang lain untuk memecah-belahkan rakyat dan menghancurkan mereka. Ya, dia mempunyai banyak wang dan dia gunakan kekayaannya untuk tujuan itu,” kata Erdogan.

Pada masa sama, kementerian dalam Turki mengesahkan, untuk membuktikan bahawa yayasan Soros adalah dalang dalam protes anti kerajaan, Gezi 2013, yang dianggap salah satu cabaran politik terbesar sepanjang pemerintahan Erdogan.

Menurut Tabung Dermawan Kebangsaan pada tahun lalu, OSF adalah yayasan kedua terkaya di Amerika Syarikat selepas Yayasan Bill & Melinda Gates, yang mempunyai dana pembiayaan sebanyak AS$40 bilion (RM16 8.94 bilion). – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close