Berita UtamaDunia

Erdogan ikrar jadikan Turkiye pusat tarikan global

Kesedaran penduduk isu kesihatan semakin meningkat

ANKARA,25 Ramadan 1444H, Ahad – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berikrar menjadikan negaranya sebagai ‘pusat tarikan dunia’ terutama dalam bidang penjagaan kesihatan.

Ketika berucap sempena pembukaan hospital di wilayah Kocaeli, beliau menegaskan, bukan rakyat Turkiye sahaja menerima manfaat terbaik, tetapi rakyat lain yang berada di negara itu juga akan merasainya.

“Rakyat luar yang mementingkan isu kesihatan kini menunjukkan minat untuk mendapat perkhidmatan di negara ini.

“Nilai infrastruktur yang disediakan dalam bidang kesihatan, pembaharuan sistem dan tenaga kerja sedang diperkukuhkan,” kata Erdogan.

Beliau turut menggariskan kepentingan hospital bandar ketika pandemik COVID-19 dan selepas tragedi gempa bumi pada 6 Februari lalu.

“Turkiye kini sedang sedang dibangunkan semula selepas tragedi gempa kuat yang menjejaskan kekuatan negara.

“Tragedi itu memberi kesan kepada lebih 14 juta penduduk di negara ini termasuk di beberapa kawasan di utara Syria,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button