Berita UtamaDuniaUtama

107 penduduk Aleppo alami keracunan gas

Pemberontak guna peluru disi gas klorin bedil kawasan kediaman

ALEPPO, 18 Rabiulawal 1440H, Isnin – Sekurang-kurangnya 107 penduduk awam di Aleppo, Syria mengalami simptom keracunan gas, termasuk sesak nafas selepas kumpulan pemberontak membedil kawasan kediaman menggunakan peluru mengandungi gas kimia.

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, kira-kira 94 orang dimasukkan ke hospital, namun sebahagian yang lain dibenarkan keluar, manakala 31 kes lagi tidak kritikal.

Wakil perubatan, Dr Zaher Batal memberitahu, ini adalah serangan gas pertama terhadap penduduk awam di bandar itu sejak konflik meletus lebih tujuh tahun lalu.

Katanya, mengikut rawatan, kebanyakan mangsa mengalami kesukaran untuk bernafas dan pandangan mereka menjadi kabur.

“Ada juga yang keradangan mata, menggigil dan pengsan. Kami belum mengetahui jenis gas yang digunakan, tetapi kami mengesyaki klorin, dan pesakit dirawat mengikut simptom yang dialami,” kata wakil perubatan, Dr Zaher Batal.

Berdasarkan maklumat tentera, serangan itu dilancarkan dari wilayah Idlib, sebuah kampung yang dikuasai Al-Nusra pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close