Berita UtamaUtama

Ini negara China atau Malaysia?

Kerajaan negeri Melaka sanggup korbankan prinsip hanya kerana beberapa pelancong Cina datang dapatkan khidmat di hospital pakar

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 17 Rabiulawal 1440H, Ahad – “Bukan soal mahu memperbesarkan isu atau tidak, tapi persoalannya, ini negara China atau Malaysia? Jika Malaysia, maka bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu.”

Demikian bidas pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah terhadap kenyataan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari yang meminta isu pengiklanan jawatan kosong mengutamakan pemohon berkebolehan berbahasa Cina bagi jawatan jururawat terlatih (SRN) di Hospital Pakar Putra, baru-baru ini tidak diperbesarkan. 

Ridhuan Tee yang juga Pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kesal apabila kerajaan negeri sanggup mengorbankan prinsip, hanya kerana beberapa orang pelancong Cina datang mendapatkan khidmat di hospital itu. 

“Bagaimana pula dengan pelancong India yang datang mendapatkan khidmat hospital pakar di Melaka. Adakah kita perlu menyediakan jururawat yang boleh berbahasa Tamil atau Urdu?

“Begitu juga dengan pelancong Arab. tidak perluksh menyediakan jururawat yang boleh berbahasa arab. Kenapa hanya fokus kepada Cina?,” soalnya. 

Mengulas lanjut Ridhuan Tee turut melahirkan kebimbangan sekiranya selepas ini syarat-syarat untuk menjadi doktor perubatan mestilah boleh menguasai bahasa Cina, seperti mana iklan perjawatan jururawat terlatih (SRN).

“Oleh kerana Kerajaan Melaka telah mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), saya syorkan ambil sahaja lulusan UEC. Tidak perlulah lagi berdolak dalik.

“Inilah nasib orang Melayu, menguasai bahasa sendiri yang merupakan bahasa kebangsaan tidak memberikan kredit apa-apa. Yang diagung-agung tetap bahasa pendatang. Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan,” katanya. 

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close