Dr Ahmad Sanusi AzmiPendapat

Tangisan Rasulullah untuk kita

Mari kita perbanyakkan selawat buat baginda Nabi Muhammad

1. RASULULLAH sering memikirkan tentang kita. Ya, kita (umatnya). Kadangkala, bimbang akan kelalaian dan kealpaan umatnya, Rasulullah tiba-tiba menangis.

2. Pernah satu ketika berlaku gerhana matahari di zaman Nabi. Keadaan mendung dan kelam ini mengingatkan Rasulullah tentang azab yang menimpa umat terdahulu dimana bumi menjadi gelap.

Rasulullah lantas melaksanakan solat gerhana. Dalam sujud yang panjang Rasulullah menangis dan merintih:

أَلَمْ تَعِدْنِي أَنْ لا تُعَذِّبَهُمْ وَأَنَا فِيهِمْ‏؟‏ رَبِّ أَلَمْ تَعِدْنِي أَنْ لا تُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ‏

“Wahai Tuhanku, bukankah kau berjanji tidak akan memberikan azab terhadap umatku sedangkan aku di sisi mereka? Wahai Tuhanku, bukankah kau berjanji tidak akan mengazab mereka sedangkan mereka beristighfar?” (HR Tirmizi, al-Shamail; Muslim, Sahih)

3. Malah, menurut Abdullah ibn Amru, ketika Rasulullah membaca ayat berkenaan doa Nabi Ibrahim terhadap umatnya (surah Ibrahim: 36) dan tentang doa Nabi Isa tentang umatnya (al-Maidah:118), Rasulullah tiba-tiba menangis lalu berdoa:

اللهُمَّ أُمَّتِي أُمَّتِي
“Ya Allah, umatku, umatku.” (HR Muslim)

4. Sayang sungguh Rasulullah pada kita. Dalam solat, Baginda menangis kerana teringatkan kita. Ketika membaca Quran, teringat lagi tentang kita lalu Baginda menangis. Betapa sayang Rasulullah pada kita.

Mari perbanyakkan selawat buat Baginda Nabi. Allahumma salli ‘ala Saidina Muhammad.

Dr Ahmad Sanusi Azmi
Oxford Centre for Islamic Studies

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak ada kaitan dengan Ismaweb.net atau Media Isma Sdn Bhd.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close