Berita UtamaDunia

Hospital kanak-kanak musnah, rejim Israel serang Gaza

Serangan sasar Hamas, infrastruktur bawah tanah dan pos tentera

GAZA, 11 Jamadilawal 1442H, Sabtu – Pesawat perang Israel melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza yang dikepung, kata sumber tempatan awal pagi ini.

Sumber di Gaza berkata, serangan itu terkena kem pelarian al-Bureij di tengah Gaza dan wilayah Deir al-Balah.

Anadolu Agency yang memetik saksi sebagai berkata, sebuah hospital kanak-kanak, kawasan perumahan dan pusat pemulihan untuk orang kurang upaya di kejiranan Al-Tuffah, timur Gaza City, rosak akibat serangan itu.

Tentera Israel di akaun Twitter berkata, serangan itu menyasarkan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), termasuk sebuah tapak pembuatan roket, infrastruktur bawah tanah dan pos tentera.

Serangan itu berlaku selepas Israel berkata, dua roket yang dilancarkan dari Gaza semalam dipintas oleh sistem antipeluru berpandu Israel – Iron Dome.

Setakat ini, pihak berkuasa Gaza belum mengeluarkan kenyataan mengenai serangan udara itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button