Berita UtamaDuniaUtama

1,252 rumah Palestin musnah akibat serangan Israel

PBB digesa tamatkan segera pencerobohan ganas rejim Zionis

GAZA, 11 Rabiulawal 1440H, Isnin – 1,252 rumah milik rakyat Palestin musnah dan rosak sehingga menjejaskan ribuan keluarga dalam tempoh 48 jam siri serangan rejim pengganas Israel ke atas Semenanjung Gaza, kata Kementerian Kerja Raja dan Perumahan Palestin.

Setiausaha kementerian, Naji Sarhan berkata, tentera Israel sengaja menggunakan peluru berpandu berat bertujuan untuk memusnahkan fasiliti dan kemudahan di wilayah itu.

Beliau berkata, sebanyak 77 unit rumah musnah akibat serangan rejim, di mana 20 daripadanya tidak boleh didiami lagi.

Serangan itu juga turut memusnahkan 55 unit rumah di sempadan Gaza, katanya.

Naji turut mendesak masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak segera dan menamatkan pencerobohan rejim Israel.

“Kawasan ini (Gaza) mengalami kelewatan untuk membina semula kemusanahan yang berlaku sekarang, bahkan serangan Israel yang sebelumnya,” katanya.

12 November lalu, serangan roket rejim Israel membunuh tiga rakyat Palestin dan memusnahkan bangunan stesen televisyen milik Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Pertempuran antara pejuang Hamas dengan Israel tercetus selepas rejim itu melancarkan operasi tentera khas di Semenanjung Gaza pada Ahad lalu, yang menyebabkan Hamas nekad membalas dendam.

Ketegangan di wilayah itu semakin memuncak selepas ribuan penduduk mengambil bahagian dalam protes besar-besaran berikutuan insiden pembunuhan tujuh rakyat Palestin, termasuk seorang Komander pejuang Briged Izz al-Din al-Qassam 11 November lalu.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close