Berita UtamaUtama

Kerajaan digesa bawa isu ICERD ke Parlimen

Azalina mahu Ahli Parlimen bahas usul konvensyen antarabangsa

KUALA LUMPUR, 7 Rabiulawal 1440H, Khamis – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menggesa kerajaan membawa isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) untuk dibahaskan di sidang Dewan Rakyat, sebelum meratifikasinya.

Beliau menegaskan, isu ini perlu dibahaskan secara menyeluruh khususnya semua Ahli Parlimen yang mewakili rakyat.

Ini kerana, ia melibatkan kuasa Yang Di-Pertuan Agong, selain kepentingan masyarakat Melayu, Bumiputera Sabah, Sarawak dan beberapa perkara lain berkaitan.

“Saya sendiri telah mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 26 berkenaan perkara ini, yang juga telah disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat. Jadi saya berharap kerajaan akan memberi laluan untuk usul ini dinaikkan dan dibahaskan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berhubung jawapan sewaktu Jawapan Menteri (MQT), bagaimanapun kerajaan tidak memberikan komitmen bahawa perkara ini akan dibawa ke Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan di Parlimen hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilapor berkata, rundingan melibatkan semua kaum akan dilakukan sebelum meratifikasi ICERD.

Beliau turut mengakui ia bukan perkara mudah memandangkan Malaysia merupakan negara dengan penduduk berbilang kaum dan masing-masing dengan kepentingan tertentu.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close