Berita Utama

Tulisan jawi perlu terus diajar di sekolah, universiti

Perluas tulisan jawi di papan tanda, perumahan dan premis perniagaan

PEKAN, 5 Rabiulawal 1550H, Selasa – Sebagai langkah memartabatkan semula tulisan jawi, penggunaannya perlu diperluaskan di papan tanda jalan, premis perniagaan dan perumahan di seluruh negeri ini, kata Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Pada masa sama baginda bertitah, tulisan jawi juga perlu diajar di sekolah dan universiti bagi meningkatkan rasa sayang terhadap warisan Melayu itu.

“Tulisan jawi juga perlu terus diajar di sekolah-sekolah sehingga ke peringkat universiti dan pertandingan menulis tulisan jawi misalnya, akan meningkatkan rasa sayang dan cinta pelajar terhadap tulisan itu,” titah baginda seperti dilapor Utusan Online.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan perasmian Program Memartabatkan Penggunaan Tulisan Jawi di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, hari ini.

Dalam program sama, Tengku Abdullah turut berterima kasih kepada Majlis Daerah Pekan kerana mengeluarkan pekeliling menambah tulisan jawi di papan iklan sedia ada kepada semua pemegang lesen premis perniagaan

“Beta juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang dan JKR Daerah Pekan kerana menggantikan papan tanda jalan utama dengan menambah tulisan jawi ke atasnya,” titah baginda.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close