Berita UtamaUtama

Dakyah Kristian semakin berleluasa?

Pengedaran risalah Kristian, Bible di kawasan perumahan

BANGI, 4 Rabiulawal 1440H, Isnin – Beberapa hari lalu, tular gambar menunjukkan kegiatan penyebaran dakyah Kristian dipercayai kepada masyarakat Islam setempat.

Terbaharu, sekumpulan individu dipercayai warganegara asing cuba mengedarkan risalah Kristian dan Bible di kawasan perumahan di Puchong.

Aktiviti ini dilaporkan berlaku sejak beberapa minggu lalu, secara terang-terangan sehingga mewujudkan kebimbangan dalam kalangan umat Islam.

7 November lalu, lima warga Nigeria ditahan di Pulau Pinang kerana mengedar majalah ‘Rhapsody of Realities’ yang dipercayai mempunyai kaitan dengan agama Kristian.

Kegiatan itu turut dikesan di negeri sama, apabila tiga atau empat individu lelaki berbangsa Cina berusia 40-an dan 50-an mengedarkan Bible kepada pelajar di sebuah sekolah di Bukit Mertajam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengesahkan kejadian berkenaan dan menjelaskan ia dilakukan beberapa individu daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beberapa hari kemudian, lebih 30 penduduk di sekitar kawasan Taman Kuala Bekat dekat Penaga, Kepala Batas menerima risalah berkaitan Kristian bertajuk ‘How To Know God’ yang diletakkan dalam peti surat rumah mereka pada awal pagi 10 November, lalu.

Kedah turut menjadi sasaran apabila beberapa individu mengedar kitab Bible kepada penduduk Kampung Sungai Mas, dekat Kota Kuala Muda.

Tidak hanya diletakkan di peti surat dan halaman rumah, penduduk kampung itu mendakwa kitab Bible berkenaan turut dijumpai di perkarangan masjid Kota Raja, Kuala Muda.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close