Berita UtamaUtama

‘Orang Melayu henti salahkan sesama sendiri’

Tok Mat kata kerajaan PH boleh buat apa sahaja sebab ada kuasa

BANGI, 3 Rabiulawal 1440H, Ahad – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta orang Melayu berhenti mencari kesalahan sesama sendiri, sebaliknya menentang musuh sebenar dalam Pakatan Harapan dan sekutunya.

“Pertelingkahan itu haram, perpaduan itu wajib dan lebih penting. Orang Melayu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) janganlah bergeseran. Nanti kita hilang segala galanya.

“Orang UMNO kena cari salah orang Pakatan Harapan (PH). Kita ganyang mereka,” katanya pada Program Jelajah Bangkit di Melaka, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad yang lebih dikenali panggilan Tok Mat menegaskan, kerajaan PH boleh melakukan apa sahaja disebabkan kuasa berada pada tangan mereka.

Justeru bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, hanya perpaduan dan permuafakatan sahaja boleh menyelamatkan orang Melayu, manakala pergeseran hanya mengundang padah.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close