Dunia

Emir Kuwait meninggal dunia di usia 86 tahun

Kerajaan isyhtihar berkabung 40 hari, pejabat negeri tutup 3 hari

KUWAIT CITY, 4 Jamadilakhir 1445H, Ahad – Emir Kuwait, Sheikh Nawarf Al Ahmad Al Sabah meninggal dunia pada Sabtu kerana masalah kesihatan di usia 86 tahun.

Menteri Hal Ehwal Amiri Diwan, Sheikh Mohammad Al-Mubarak Al-Sabah berkata, Sheikh Nawaf telah dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan pada pagi semalam kerana masalah kesihatan kecemasan.

Agensi berita negara itu, KUNA melaporkan, Emir Kuwait itu juga pernah dimasukkan ke hospital bulan lalu kerana isu kesihatan, namun keadaannya dikatakan masih stabil.

Kerajaan Kuwait mengisytiharkan 40 hari berkabung di negara itu, dengan pejabat negeri juga ditutup selama tiga hari.

Selepas berkhidmat sebagai putera mahkota selama 14 tahun, Sheikh Nawaf menjadi pemerintah Kuwait pada 29 September 2020 berikutan kematian abang dan penyandang terdahulu, Sabah al-Ahmed al-Jaber al-Sabah.

Sheikh Nawaf, anak lelaki keenam Emir Al Ahmad Al Jaber Al Mubarak Al Sabah, yang memerintah di Kuwait selama hampir tiga dekad dari 1921 hingga 1950.

Beliau digambarkan sebagai ‘bapa kerohanian’ pasukan keselamatan Kuwait dan memiliki empat anak lelaki serta seorang anak perempuan.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button