Berita UtamaUtama

UIAM nafi Maszlee letak jawatan

Jurucakap pejabat korporat UIAM sahkan tidak terima makluman rasmi

KUALA LUMPUR, 1 Rabiulawal 1440H, Jumaat – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menafikan dakwaan bahawa Dr Maszlee Malik akan meletakkan jawatan sebagai presiden universiti.

Jurucakap Pejabat Komunikasi Korporat UIAM berkata, pihaknya tidak menerima makluman secara rasmi mengenai perkara itu.

“Kami juga tidak tahu daripada mana sumber berita itu diperoleh kerana ia bukan daripada pihak kami.

“Setakat hari ini, kami tidak dimaklumkan apa-apa dan kami mengetahui desas-desus mengenai perkara itu pun daripada portal-portal berita sahaja,” katanya seperti dilapor Utusan Online, hari ini.

Jurucakap pejabat komunikasi korporat itu berkata, pihaknya kini sedang sibuk dengan persiapan Istiadat Konvokesyen UIAM ke-34 yang berlangsung selama empat hari.

Terdahulu, portal Free Malaysia Today yang memetik sumber melaporkan, Menteri Pendidikan itu bersetuju untuk meletakkan jawatannya sebagai Presiden UIAM.

Bagaimanapun, menurut kenyataan pejabatnya, Maszlee terpaksa menangguhkan pengundurannya sehingga tamat istiadat konvokesyen empat hari yang bermula esok.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close