Berita UtamaUtama

Maszlee setuju letak jawatan Presiden UIAM?

Menteri tangguh peletakan jawatan sehingga tamat konvokesyen

KUALA LUMPUR, 1 Rabiulawal 1440H, Jumaat – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dilaporkan bersetuju meletakkan jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Free Malaysia Today yang memetik sumber sebagai berkata, Maszlee kini sedang dalam proses melantik seseorang untuk menggantikannya.

“Walau bagaimanapun, proses itu akan mengambil masa kerana persetujuan diperlukan daripada perdana menteri dan Sultan Pahang,” kata sumber itu.

Memetik kenyataan pejabatnya, Maszlee terpaksa menangguhkan pengundurannya sehingga tamat istiadat konvokesyen empat hari yang bermula esok.

“Ia (universiti) masih perlukan presiden, dan selepas proses konvokesyen, proses penggantian akan mengambil tempat,” katanya.

Sultan Pahang, yang juga ketua Perlembagaan UIAM, dilaporkan menamakan Maszlee sebagai presiden universiti.

Bagaimanapun, lantikan itu tidak dipersetujui aktivis pelajar dan dibantah kerana dibimbangi akan mengekang kebebasan universiti kerana kuasa politik.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close