Berita UtamaUtama

Forum bincang penghijrahan masyarakat India dibatal, diganti tajuk lain

ATMA tegaskan wacana yang dianjur bersifat ilmiah, bukan forum politik

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 1 Rabiulawal 1440H, Jumaat – Akhirnya forum ‘Polemik Penghijrahan Masyarakat India ke Tanah Melayu, Migrasi atau Imigran?’ anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia dibatalkan, selepas mendapat tekanan dan bantahan daripada segelintir pihak, termasuk Parti Hak Minoriti (Mira). 

ATMA menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini memaklumkan, forum berkenaan tetap diteruskan dengan panelis, tempat dan tarikh yang sama, namun tajuk ditukar kepada ‘Kependudukan dan Pergerakan Etnik di Kepulauan Melayu Dari Perspektif Arkeologi, Budaya dan Sejarah’.

Pengarah ATMA, Prof Dr Supyan Hussin berkata, wacana yang dianjurkan pihaknya adalah wacana ilmiah dan bukan wacana politik.

Katanya, semua pihak harus faham ahli panel yang dijemput ialah ahli akademik pakar dalam bidang masing-masing, yang mana Atma tidak mengundang orang politik untuk mengupas isu-isu yang berkaitan dengan bidang sejarah, budaya, dan arkeologi. 

“Sejak dua bulan lalu, negara dikejutkan dengan cetusan polemik oleh beberapa pihak mengenai sejarah lampau yang melibatkan isu orang India, kaum Tamil, Raja Chola, Lembah Bujang dan Melayu serta kaitannya dengan agama Hindu di Tanah Melayu.

“Apatah lagi apabila ia dibangkitkan oleh orang politik, maka ia menjadi satu daya tarikan yang kuat kepada rakyat yang sensitif tentang sejarah Tanah Melayu untuk membincarakannya. Justeru ATMA merasa terpanggil untuk mengadakan wacana ilmiah ini secara terbuka,” katanya. 

Wacana terbaharu yang dianjur bagi menggantikan forum ‘Polemik Penghijrahan Masyarakat India ke Tanah Melayu, Migrasi atau Imigran?’

Mengulas lanjut beliau berkata, sesiapa sahaja tidak harus terperangkap dengan dakyah pihak yang tidak berani hadir dalam Wacana ATMA.

“Hanya riuh membuat kritikan sebelum ahli panel membentang kajian mereka. Kita boleh memahami kalau kritikan dibuat selepas pihak berkenaan mendengar hujah, tetapi dimana rasionalnya kritikan berlaku sebelum ahli panel berhujah,” katanya. 

Semalam, parti Mira dilaporkan menegur UKM kerana menganjurkan perbincangan berkenaan masyarakat India, dan mempersoal kerana tidak ada penalis dari kaum itu. 

Timbalan Presiden Mira, S Gobi Krishnan meminta Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy memberi perhatian kepada forum berkenaan, yang dijadualkan pada 14 November ini. 

Bagaimanapun, Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menempelak tindakan parti Mira, dan meminta supaya tidak masuk campur dengan urusan atau wacana yang dianjurkan UKM. 

“Apabila UKM nak buat forum, mereka marah. Sibuk minta menteri-menteri bantah dan campur tangan, kononnya tiada panelis India dijemput. Mereka kena ingat, masa mereka buat program, ada mereka jemput pakar sejarah Melayu untuk beri pendapat. Tak ada kan? Jadi kenapa nak bising. Lihatlah betapa jahat dan liciknya mereka,” kata Ridhuan Tee. 

‘Teruskan berwacana, jangan tunduk desakan ultra kiasu’

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close