Berita UtamaUtama

Dr Mahathir sahkan Rafidah akan jadi ahli Bersatu

Bekas Ketua Wanita UMNO sudah lama berkerjasama dengan Bersatu

KUALA LUMPUR, 1 Rabiulawal 1440H, Jumaat – Bekas veteran UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz disahkan akan menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak pasti sama ada Rafidah akan memegang sebarang jawatan tertinggi dalam parti tersebut.

“Kami mengalu-alukan Rafidah. Beliau telah bekerjasama untuk tempoh yang lama dengan kami. Jawatan? Tidak tahu tapi beliau akan menjadi ahli Bersatu,” katanya.

Semalam, Rafidah yang pernah menyandang jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Ketua Wanita UMNO itu berkata, beliau sudah menyampaikan hasrat itu kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya mahu sertai Bersatu. Saya dah beritahu Perdana Menteri, namun buat masa ini saya belum sempat untuk mendapatkan dan mengisi borang keahlian,” katanya.

Terdahulu, Rafidah digugurkan keahlian UMNO bersama dua bekas menteri iaitu Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Dr Rais Yatim pada 5 Mei lalu, kerana menyokong Pakatan Harapan (PH) serta menghentam UMNO.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close