Berita UtamaUtama

Dr Mahathir mengaku minta Zahid bubar UMNO

UMNO kalah sejak pemimpin pentingkan wang dari perjuangan rakyat

KUALA LUMPUR, 1 Rabiulawal 1440H, Jumaat – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui pernah meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membubarkan parti Melayu itu, kerana menganggapnya sudah tiada.

Perdana menteri berkata, UMNO kini hanyalah badan berdaftar yang tidak lagi memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara.

“Secara benar, sudah tiada UMNO cuma satu badan berdaftar. Prinsip perjuangannya sudah tidak ada. Apa perlunya ahli-ahli UMNO ini kekal dalam parti yang sudah tinggal perjuangannya, yang utamakan duit, ‘cash is king’?

“Sebab itu, UMNO yang semacam itu perlu dibubar,” katanya dalam video temubual di laman Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden UMNO itu, bahawa beliau diminta membubarkan UMNO dan menyertai Bersatu.

Perdana Menteri berkata, UMNO yang dipandang tinggi sebelum ini, kini dipandang jijik oleh semua kaum di negara ini.

“Dulu, UMNO tidak pernah kalah. UMNO kalah sejak menyeleweng disebabkan pemimpin mengutamakan duit daripada perjuangan,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close