Berita UtamaUtama

‘Teruskan berwacana, jangan tunduk desakan ultra kiasu’

Ridhuan Tee cabar Parti Hak Minoriti (Mira) hadir forum 'Polemik Penghijrahan Masyarakat India ke Tanah Melayu' anjuran UKM

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 30 Safar 1440H, Khamis –  Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menempelak tindakan Parti Hak Minoriti (Mira), yang menegur Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana merancang menganjurkan forum mengenai ‘Polemik Penghijrahan Masyarakat India ke Tanah Melayu’.

Beliau berkata, selama ini apa sahaja program yang dilaksanakan masyarakat India, orang Melayu tidak pernah ganggu atau melenting. 

“Apabila UKM nak buat forum, mereka marah. Sibuk minta menteri-menteri bantah dan campur tangan, kononnya tiada panelis India dijemput. Mereka kena ingat, masa mereka buat program, ada mereka jemput pakar sejarah Melayu untuk beri pendapat. Tak ada kan? Jadi kenapa nak bising. Lihatlah betapa jahat dan liciknya mereka.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

“Maka, saya cabar mereka untuk hadir ke wacana tersebut dan bertanya soalan kepada panel yang pakar. Bila pihak lain cuba mencabar idea ultra kiasu mereka secara akademik, mereka mula menggelupur ibarat cacing kepanasan

“Jadi, saya minta sangat pada UKM untuk tidak goyah dan tidak tunduk dengan desakan mahupun bantahan pihak ultra kiasu ini. Teruskan berwacana tanpa rasa takut. Berkata benarlah walaupun pahit,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini. 

Beliau berkata demikian mengulas bantahan parti Mira yang kecewa dengan UKM kerana menganjurkan perbincangan berkenaan masyarakat India.

Forum bertajuk Polemik kehadiran masyarakat India di Semenanjung Tanah Melayu: Migrasi atau Imigran? itu dijadualkan pada 14 November depan, antara siri dialog intelektual oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) UKM.

Wacana berkenaan mengetengahkan empat penalis termasuk Pensyarah Penyelidikan Dasar dan Pengajian Antarabangsa USM, Prof Dato’ Dr Ahmad Murad Mohd Noor Merican dan Pensyarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM, Dr Nasha Rodziadi Khaw; Ahli Jawatan Kuasa Pakar Tapak Arkeologi & Kebudayaan Bawah Air, Prof Madya Dr Zuliskandar Ramli, dan Pakar Tamadun India, Dr Azharudin Mohamed Dali.

Mengulas lanjut Ridhuan Tee berkata, semua pihak seharusnya sedar bahawa orang Melayu sudah terlalu banyak berkorban, dan apa yang diberikan kepada masyarakat minoriti sudah terlebih sebenarnya. 

Katanya, kaum India paling minoriti di Semenanjung tapi lihatlah kuil mereka mendominasi semua agama majoriti, yang mana nisbahnya sangat besar. 

“Tapi wajarkah melayu dikatakan pendatang? sedangkan tidak melalui pembuktian sejarah. Dunia mengiktiraf tanah ini adalah tanah Melayu daripada asal usulnya. 

“Selain itu, penemuan arkeologi Hindu di Lembah Bujang perlu difahami dengan baik. Memang asal usul Melayu adalah hindu, Buddha dan menganut fahaman anamisme sebelum Islam datang. Tetapi perlu ingat, apabila Islam datang lebih 600 tahun yang lalu, semua anutan dan sembahan sebelum itu telah di buang ke laut. Selebihnya itulah tertinggal di Lembah Bujang,” katanya. 

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close