Berita UtamaUtama

‘Takkan berlaku lagi kontraktor dapat tender guna kabel’

Guan Eng kata Bumiputera akan lebih banyak dapat peluang projek

GEORGETOWN, 30 Safar 1440H, Khamis – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, langkah kerajaan memperkenalkan konsep tender terbuka tidak akan menjejaskan agenda Bumiputera.

Beliau berkata, konsep itu akan membuka lebih banyak peluang kepada kontraktor Bumiputera mendapatkan sesuatu projek secara sama rata dengan lebih adil.

Ini kerana, ia tidak lagi hanya terhad kepada pihak tertentu sahaja, seperti amalan dahulu yang hanya menyebabkan pihak tertentu sahaja ‘mudah’ mendapat tender.

“Apa yang diamalkan sekarang ialah kita tukarkan kepada tender terbuka. Apa yang dalam agenda Bumiputera tetap sama tapi tender terbuka.

“Bukan macam dulu kena dapat tanda tangan pihak tertentu, hanya orang yang ada kabel kuat. Itu kita tak mahu lihat ia berlaku lagi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Taklimat Khas Belanjawan 2019, malam tadi.

Beliau berkata, menerusi tender terbuka, tiada lagi rundingan terus mahupun tender terhad bagi sesuatu projek termasuk projek kerajaan seperti projek di bawah Perbadanan Nasional Berhad dan Majlis Amanah Rakyat.

“Saya harap di sini tidak ada kesan, hanya dari segi keadaannya tender terbuka, termasuk di kalangan kontraktor Kelas F. Sebagai contoh bila kita amalkan tender terbuka di Pulau Pinang, kita boleh lihat ada kontraktor-kontraktor Bumiputera yang benar-benar buat kerja. Itu yang saya nak berikan tumpuan,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close