Berita UtamaUtama

Rujuk mufti, ulama sebelum terbit filem

Jakim sedia periksa skrip drama supaya tak bercanggah nilai Islam

KUALA LUMPUR, 30 Safar 1440H, Khamis – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim meminta penerbit filem atau drama merujuk kepada pihak bertanggungjawab terlebih dahulu sebelum menyiarkan apa-apa bahan terbitan.

Beliau berkata, pejabat mufti, jabatan agama mahupun ulama antara yang sesuai dirujuk supaya bahan terbitan mereka tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam.

Katanya, Jakim bersedia memberikan pandangan dan nasihat kepada pihak berkaitan berhubung perkara tersebut.

“Tapi itu bukanlah fungsi besar Jakim namun kami memberikan pandangan, komen atau apa yang perlu dielakkan oleh pihak tersebut. Jika dirujuk, Jakim sedia memberikan khidmat nasihat termasuk untuk memeriksa skrip, kami ada garis panduannya,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Kempen ‘Jom Cinta Nabi’ di sini, hari ini.

Baru-baru ini, tular di media sosial berhubung sebuah drama bertajuk Isteri Untuk Disewa yang disiarkan di sebuah saluran televisyen berbayar dilihat merendahkan martabat wanita dan isteri serta tersasar dari nilai-nilai Islam.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close