Berita Utama

Pasport Saint Kitts dan Nevis Jho Low dibatalkan

Ahli perniagaan diburu jadi warga negara ekonomi sejak 2011

BANGI, 30 Safar 1440H, Khamis – Negara kepulauan Caribbean, Saint Kitts dan Nevis membatalkan pasport kedua ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.

Malaysiakini yang memetik penerbitan mingguan, St Kitts & Nevis Observer berkata, keputusan itu dibuat pentadbiran negara berkenaan pada Jun lalu, susulan pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Malaysia mahu menangkap Low yang terkait dengan skandal 1MDB.

Laporan itu berkata, Jho Low menjadi warga negara ekonomi Saint Kitts and Nevis pada 2011, tetapi tidak pernah memasuki negara itu.

“Jho Low menjadi warga negara ekonomi St Kitts dan Nevis bawah pentadbiran (perdana menteri) Denzil Douglas pada tahun 2011, tetapi tidak pernah memasuki negara ini. Rekod imigresen menunjukkan bahawa Jho Low tidak pernah memasuki mana-mana pelabuhan di St Kitts dan Nevis.

“Pada 8 Jun, Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa Malaysia sedang berusaha menangkap pembiaya, yang dipercayai berada di luar negara.

“Pentadbiran Perdana Menteri Timothy Harris mengambil keputusan, selepas membuat pertimbangan, untuk membatalkan pasport Saint Kitts dan Nevis yang dibawa Jho Low melalui Interpol pada bulan Jun lalu,” kata laporan berita yang diterbitkan pada Selasa.

Julai lalu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata Jho Low memiliki pasport dari St Kitts and Nevis dan dipercayai digunakannya.

“St Kitts and Nevis, itu pasport lain yang dimilikinya, kami percaya dia menggunakan pasport terbabit untuk memudahkan pergerakannya. Setakat itu yang boleh saya katakan,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Pasport Malaysia yang dipegang Jho Low juga telah dibatalkan Jabatan Imigresen pada Jun lalu, berikutan permintaan SPRM berkaitan siasatannya terhadap kes 1MDB.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close